YUSRI.ZAMRI

 imejden2

18 Jun 79 merupakan saat yg ditunggu oleh kedua ibu bapaku. Di sebuah rumah kg di atas bukit yang menjadi tempat perkuburan cina yang mana ianya terletak di kampung yang diberi nama PEDAS dalam sebuah daerah REMBAU.

Selaku anak kepada seorang bekas tentera laut aku banyak berdikari dari kecil sehingga sekarang. amat kenal erti perit jerih mencarik wang hanya semata untuk hiburan hati. kekuatan yang dianugerahkan oleh ALLAH kepadaku tidaklah dipersiakan. semuanya hanya semata-mata rahmat NYA jua.

KHAIRUL YUSRI itu lah nama yang diberikan oleh kedua ibu bapaku. Bila besar aku meneliti maksud nama tersebut. “Sebaik-baik Kelakuanku” itulah maknanya nama aku. Kadangkala aku malu dengan nama ku kerana maksud dan maknanya tidak pernah selari dengan keperibadianku. Jadi aku perlu berhati-hati dengan setiap langkah yang ku gapai demi menjaga nama baikku. Oleh itu, kawan-kawanku diluar sana marilah kita menjaga nama baik kita agar memperoleh RAHMAT dariNYA. Amin.

Sejarah hidupku yang tidak seberapa telah ku pecahkan kepada beberapa segmen dalam web site ini. Untuk segmen pelajaranku aku menceritakan dari mula aku belajar sehingga sekarang manakala segmen kerjayaku pula menyorot pengalamanku dalam bidang yang akau jadikan sebagai sumber makanan aku.

Jadi diharapkan kawan-kawan sekalian berpuashati apa yang aku cuba sampaikan didalam web ini kerana ianya menjadi wadah komunikasi antara kita dalam berkongsi ilmu setiap masa.

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.